fbpx

Ajinomoto (Malaysia) Berhad galak hidangan sahur berkhasiat dengan Seri-Aji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada peserta program Sama Sama BerSeri-Aji® PPR yang diadakan baru-baru ini.

PETALING JAYA – Memahami kepentingan bersahur untuk kekal bertenaga sepanjang bulan Ramadan, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) tampil dengan penyelesaian mudah dan lazat untuk menyediakan hidangan sahur berkhasiat dengan produk Seri-Aji.

Sebagai sebahagian daripada usaha berkenaan, AMB baru-baru ini menganjurkan program ‘Sama Sama BerSeri-Aji® PPR’, yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk di Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak dan PPR Kerinchi.

Ia bertujuan menggalakkan amalan bersahur dengan hidangan berkhasiat, sambil mengeratkan hubungan komuniti menerusi pelbagai aktiviti menarik.

Menerusi program tersebut, lebih 300 penduduk telah hadir menerima beg hadiah eksklusif serta berpeluang menyertai sesi rasa makanan, demonstrasi masakan oleh Chef Nur Farihin, aktiviti memasak yang menyeronokkan, cabutan bertuah, dan permainan interaktif buat kanak-kanak.

Resipi sahur kegemaran mudah disediakan dengan produk Seri-Aji.

Selain itu, AMB juga telah mengedarkan sehingga 15,000 set hadiah kepada 10 lagi komuniti PPR untuk meraikan musim perayaan bersama.

Dalam masa yang sama, AMB mengumumkan pelancaran peraduan beli & menang ‘Bersahur Bersama Seri-Aji®: Sahur Seribu Kebaikan’, yang menawarkan jumlah hadiah bernilai RM20,000.

Melalui inisiatif ini, Seri-Aji® turut memberi sumbangan kepada masyarakat dengan mendermakan RM1 kepada Tabung Amal bagi setiap penyertaan peraduan beli & menang.

Peraduan Bersahur Bersama Seri-Aji®: Sahur Seribu Kebaikan menyediakan hadiah keseluruhan berjumlah RM20,000.

Menurut AMB dalam satu kenyataan semalam, usaha berkenaan bukan sahaja membantu golongan yang memerlukan tetapi juga menggalakkan rakyat Malaysia menikmati sahur yang lebih berkhasiat dan mudah.

“Kami juga bekerjasama dengan pempengaruh (KOL) untuk berkongsi idea resipi mudah, yang mana setiap perkongsian video akan menyumbang kepada tujuan ini.

“Selain itu, kami turut mengadakan aktiviti di lapangan seperti program bersama komuniti di lokasi PPR, dan siri jelajah bagi memperluaskan mesej kempen ini.

“Bagi mereka yang ingin menyertai kempen bermakna ini, peraduan beli & menang menawarkan peluang menarik untuk membawa pulang hadiah lumayan dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM20,000,” katanya.

Peraduan Bersahur Bersama Seri-Aji menyediakan langkah penyertaan mudah dan ringkas.

Tiga pemenang hadiah utama masing-masing akan membawa pulang jongkong emas seberat 5 gram, manakala 16 x 10 pemenang mingguan akan menerima kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM50 setiap seorang.

Untuk beroleh penyertaan, pelanggan hanya perlu membeli produk Seri-Aji® bernilai RM8 atau lebih dalam satu resit dan menghantar gambar resit melalui WhatsApp di +60163630118, atau mengisi borang dalam talian di smartcooking.com.my. – KOSMO! ONLINE

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI