fbpx

Dua beradik maut motosikal langgar lubang ketika pergi sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norhazim (gambar kecil atas) dan Nur Alif Ikhwan maut selepas motosikal dinaiki mereka terlanggar lubang sebelum terjatuh di Jalan Sengkang-Felda Inas-Bandar Tenggara, Kluang pagi tadi.

KLUANG – Dua beradik terbunuh ketika dalam perjalanan ke sekolah apabila motosikal dinaiki mereka melanggar lubang sebelum terjatuh dalam kejadian kemalangan di Jalan Sengkang-Felda Inas-Bandar Tenggara di sini pagi hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 8.20 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia ialah Norhazim Kamaruzaman,16, dan adiknya, adalah adiknya, Nur Alif Ikhwan,15.

Kedua-dua mangsa menaiki motosikal Yamaha Y110 dalam perjalanan dari Felda Inas ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pinang, Bandar Tenggara di sini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati motosikal dinaiki mereka datang dari arah Felda Inas menghala ke Bandar Tenggara.

“Semasa tiba di tempat kejadian, motosikal dinaiki dikatakan melanggar lubang lalu menyebabkan kedua-dua pelajar tersebut terbabas jatuh.

“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bahrin berkata, mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI