fbpx

Cuti 70 peratus anggota bomba dibeku sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOR MING

PUTRAJAYA – Kira-kira 11,500 anggota dan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan dibekukan cuti bagi memastikan kekuatan keanggotaan adalah mencukupi untuk menghadapi sebarang insiden sempena sambutan hari raya Aidilfitri hujung bulan ini.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, jumlah tersebut merupakan 70 peratus daripada keseluruhan 15,000 anggota bomba di seluruh negara.

“Tahun ini, kita bekukan cuti 70 peratus anggota bomba di hampir 340 balai (jadi) semua akan bersiap sedia 24 jam.

“Hanya 30 peratus sahaja dibenarkan cuti secara bergilir untuk memastikan keseluruhan anggota kita berada di tahap yang optimum,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Ops Siaga Raya 2025 Sempena Hari Raya Aidilfitri JBPM di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pasukan bomba akan bersedia di 12 lokasi sepanjang jajaran lebuhraya utama negara merangkumi negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang dalam Op Selamat 24 Tahun 2025 di bawah kelolaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula 29 Mac hingga 3 April.

Menurut Kor Ming, sepanjang tempoh Ops Siaga Raya tahun lalu, sebanyak 1,303 panggilan kes kebakaran direkodkan iaitu peningkatan sebanyak 22 peratus berbanding 1,068 kes pada 2023.

Jelasnya, walaupun bilangan kes menunjukkan pola peningkatan, namun JBPM berjaya mengurangkan kerugian akibat kebakaran daripada RM2.61 billion pada 2023 kepada RM1.56 billion pada 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI