fbpx

Budak darjah 6 ‘lesap’ 30 minit lepas ke tandas, rupanya…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang murid darjah enam membuatkan gurunya kerisauan apabila ‘lesap’ selama 30 minit selepas meminta izin untuk ke tandas.

Menurut perkongsian guru tersebut, beliau terpaksa pergi ke tandas terbabit untuk mencari murid berkenaan.

Menggunakan profil @nadhxrah di Threads guru berkata, pada awalnya dia gagal menemui murid tersebut walaupun sudah cuba memanggil dan mengetuk pintu.

“Cerita hari ni, ada salah seorang pelajar dia minta pergi tandas. Lepas tu dah lebih 15 minit, tak balik kelas lagi. Dah habis kelas, lepas 30 minit pun tak keluar lagi.

“Ketuk-ketuk, panggil tak ada suara. Risau ingat pengsan ke apa. Rupanya, budak tu tidur mati dalam tandas. Ada cikgu laki tolong tolakkan pintu tu. Nasib baik boleh buka,” kongsinya di Threads.

Hantaran guru berkenaan meraih perhatian netizen dengan memuji tindakan guru tersebut yang disifatkan prihatin selain ada juga menzahirkan rasa simpati terhadap murid berkenaan.

“Terima kasih cikgu sebab tolong cari dan kejutkan dia. Semoga urusan cikgu dipermudahkan selalu dan sayang anak-anak murid cikgu,” ujar seorang pengguna.

“Nasib baik. Kalau cikgu tak ambil peduli, dia nak datang balik ke tak dekat kelas, entah malam baru jaga,” komen @aeen_t_chick.

“Sama, cuma murid saya tak tidur dalam tandas. Bila saya kejut, dia cakap penat teman ibu buat kuih raya,” kongsi @fizzzzz.

Membalas respons netizen guru itu kemudiannya berkata, beliau tidak kisah jika pelajar itu kepenatan dan mahu tidur kerana sangat memahami situasi tersebut.

“Ya, paham penat. Saya cakap dengan dia, lain kali nak tidur dalam kelas sajalah. Saya tak marah pun, saya kejut je balik ja,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI