fbpx

Bas terbakar, 6 jemaah umrah maut di laluan Madinah-Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH bas terbalik dan terbakar di jalan raya Madinah-Mekah. - Foto Facebook/Kanda Syamsul Aroby

JAKARTA – Seramai 20 jemaah umrah Indonesia terlibat dalam kemalangan di Wadi Qudeid atau Jalan Madinah-Mekah semalam, lapor laman  berita Tempo. 

“Enam daripada mereka terkorban,  manakala selebihnya cedera,” kata Pengarah Perlindungan Rakyat Kementerian Luar, Judha Nugraha.

Kemalangan berlaku sekitar pukul 1.30 petang (waktu tempatan). 

Judha berkata, mangsa yang cedera menerima rawatan di sebuah hospital di Arab Saudi.

Jemaah umrah terbabit terlibat dalam kemalangan ketika menaiki bas, 150 kilometer dari bandar Jeddah. 

Menurutnya, bas mereka terbabas, terbalik dan terbakar.

“Kementerian Luar sedang melakukan penyelarasan dengan Kementerian Hal Ehwal Agama termasuk dengan agensi umrah,” katanya. 

Judha menyatakan,  pihaknya sudah memaklumkan kepada keluarga mangsa berhubung kemalangan itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI