fbpx

Banjir: Jumlah mangsa terjejas menurun kepada 10,629

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN sampah sarap selepas banjir melanda di Kangkar Tebrau, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di negeri ini mencatatkan sedikit penurunan kepada 10,629 penduduk daripada 3,169 keluarga yang ditempatkan di 99 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini setakat 12 tengah hari tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah ini berkurangan berbanding 10,763 penduduk daripada 3,016 keluarga di 98 PPS direkodkan pukul 8 pagi tadi.

Katanya, kesemua mangsa banjir itu melibatkan penduduk di lima daerah iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, Pontian dan Kluang.

“Johor Bahru kekal daerah paling teruk terjejas banjir dengan seramai 3,664 penduduk daripada 1,139 keluarga dipindahkan ke 27 PPS. Bagaimanapun, ia berkurangan berbanding 4,291 penduduk daripada 1,138 keluarga pada 8 pagi tadi.

“Jumlah mangsa banjir di Kluang mencatatkan peningkatan dengan seramai 2,361 penduduk daripada 702 keluarga dipindahkan ke 27 PPS berbanding 2,163 penduduk daripada 504 keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmi yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, jumlah mangsa banjir di Kota Tinggi juga turut meningkat sedikit daripada 1,762 penduduk daripada 504 keluarga pada pagi tadi kepada 1,779 penduduk daripada 510 keluarga.

Katanya, di Pontian, jumlah mangsa banjir turut meningkat daripada 1,395 penduduk daripada 387 keluarga kepada 1,668 penduduk daripada 462 keluarga pada tengah hari ini.

“Mangsa banjir di Kulai tidak banyak berubah dengan seramai 1,157 penduduk daripada 356 keluarga berbanding 1,152 penduduk daripada 354 keluarga,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI