fbpx

Banjir: 7 sekolah ditutup, 47 sekolah dijadikan PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FADHLINA menemui mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Seri Kencana, Simpang Renggam, Kluang hari ini.- Foto oleh ADNAN IBRAHIM / KOSMO!

KLUANG – Sebanyak tujuh buah sekolah di Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pasir Gudang ditutup hari ini selepas kawasan sekolah dinaiki air manakala 47 buah lagi dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negeri Johor.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sekolah yang dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan daerah Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kota Tinggi, Kluang dan Pasir Gudang.

Katanya, sehingga kini bilangan murid serta pelajar yang dilaporkan berada di PPS di Johor seramai 886 orang.

“Sekolah yang dinaiki air dan ditutup, masing-masing tiga di Johor Bahru dan Kota Tinggi serta sebuah sekolah di Pasir Gudang.

“Sementara bilangan sekolah dijadikan PPS merekodkan daerah Pontian paling tinggi iaitu sebanyak 13 sekolah,” katanya kepada pemberita selepas meninjau PPS di Sekolah Kebangsaan ( SK) Sri Kencana Simpang Renggam, Kluang di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI