fbpx

Amaran laut bergelora, ombak setinggi 4.5 meter hingga Ahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANAK-KANAK bermain air meskipun bendera merah dinaikkan kerana laut bergelora ketika tinjauan di Pantai Sepat, Kuantan baru-baru ini.

PETALING JAYA – Amaran kategori kedua angin kencang dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter (m) dijangka berlaku di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak sehingga Ahad ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran kenaikan paras laut yang berisiko membawa limpahan air laut di pesisir pantai dijangka melanda kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sarawak Barat.

Bagi cuaca terkini, MetMalaysia memaklumkan ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Sarawak dan Sabah Timur sehingga 1 tengah hari ini.

“Cuaca buruk ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 4.5m dan berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan, menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI