fbpx

340 anggota JPJ Selangor bertugas sepanjang Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azrin (tengah) melihat anggotanya memeriksa keadaan tayar salah sebuah bas di Depoh Sani Express, Klang, hari ini-Foto oleh AFIQ RAZALI

KLANG- Seramai 340 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor akan bertugas sepanjang perayaan Aidilfitri.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, kesemua anggota ini akan melaksanakan pemeriksaan, sekatan jalan raya serta penyamaran dalam bas ekspres menerusi Operasi Khas Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 bermula 24 Mac hingga 8 April depan.

Katanya, ini bagi memastikan kesemua pengguna jalan raya mematuhi peraturan yang ditetapkan jabatan tersebut.

“Ia adalah selaras arahan yang dikeluarkan oleh ibu pejabat JPJ yang mana kesemua cuti anggota dibekukan kerana hendak beri fokus kepada Operasi HRA 2025,” katanya dalam sidang akhbar pada pra Ops HRA 2025 peringkat Selangor di Depoh Sani Express di sini, hari ini.

Antara tujuh kesalahan difoksukan dalam Ops HRA 2025 adalah tidak mematuhi had laju, melanggar lampu isyarat, memotong di garisan berkembar dan barisan, memandu di lorong kecemasan serta
menggunakan telefon bimbit.

Sementara itu, Azrin berkata, pra Ops HRA 2025 yang bermula sejak 17 Mac lalu memfokuskan terhadap pemeriksaan bas ekspres serta pemandu.

Ujarnya, lebih 30 bas telah diperiksa di Depoh syarikat Sani Express dan Depoh syarikt Konsortium Transnasional Berhad sehingga semalam.

“Setakat ini, terdapat sembilan buah bas yang kami dapati tayarnya tidak mengikut standard dan piawaian yang ditetapkan, iaitu ketebalan bunga tayar sekurang-kurangnya 2.5 milimiter (mm).

“Kesemua bas yang tidak mengikut standard tayar perlu menukar tayar terlebih dahulu sebelum dibenarkan beroperasi,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI