fbpx

1,500 ayam sumbangan PMX ‘licin’ tak sampai setengah jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai beratur mendapatkan ayam segar percuma di pekarangan Masjid Daerah SPT di Bukit Mertajam, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Sebanyak 28,000 ekor ayam segar seberat 56 tan sumbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diagihkan kepada penduduk Parlimen Permatang Pauh di sini selepas solat Jumaat sempena Aidilfitri akan datang.

Tidak sampai setengah jam, lebih 1,500 ekor ayam habis diedarkan kepada penerima di pekarangan Masjid Daerah Seberang Perai Tengah di Bandar Perda, di sini hari ini.

Pegawai Penyelaras Kadun Seberang Jaya, Fayyadh Afiq Al Bakqry berkata, inisiatif itu dilaksanakan menerusi Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dengan pengagihan dibuat di 14 masjid termasuk tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Seberang Jaya, Penanti, dan Permatang Pasir.

Menurutnya, program terbabit terbahagi kepada dua sesi iaitu sebanyak 14,000 ekor diagihkan hari ini manakala bakinya akan diedarkan pada minggu depan.

“Ini adalah sumbangan peribadi PM buat penduduk sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang sekali gus berkongsi rezeki bersama masyarakat setempat.

“Walaupun ada yang berpandangan sumbangan ini kecil, ayam seekor sahaja namun nilainya besar terutamanya golongan kurang berkemampuan.

“Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan jemaah masjid termasuk penduduk setempat tanpa mengira bangsa beratur dalam cuaca terik untuk mendapatkan ayam segar,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI