CANBERRA – Sebuah zoo di Australia terkejut apabila seekor ular berbisa peliharaan mereka selama tujuh tahun memiliki tiga taring, lapor akhbar The Sun UK semalam.
Penemuan itu berlaku di Taman Reptilia Australlia.
Taring tambahan tersebut dikesan pada bahagian hadapan rahang atas di sebelah kiri mulut reptilia berkenaan.
Meskipun saiznya kecil, taring itu mampu menyuntik bisa ke tubuh mangsa dengan racun lebih ‘membawa maut’.
“Saya telah melihat dan menjaga pelbagai jenis ular dan setiap ular mempunyai dua taring.
“Memiliki taring ke-3 adalah perkara unik kerana ia mampu menyuntik lebih banyak racun,” kata pengurus zoo berkenaan, Billy Collet.
Tambah Collet, mutasi ‘pelik’ itu menjadikan ular itu paling berbahaya di dunia.
“Ia membuatkan saya takut untuk membela ular ini disebabkan tiga taringnya,” tambahnya. – AGENSI