fbpx

[VIDEO] ‘Sudahlah cantik, baik pula’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan dua sahabat baik membeli barangan keperluan harian untuk anak-anak yatim.

PETALING JAYA – Dua sahabat baik meraih perhatian ramai selepas video mereka berkongsi rezeki dengan membeli barangan keperluan dapur untuk rumah anak-anak yatim tular di media sosial.

Menerusi hantaran pengguna @Alyadee di TikTok memaparkan dia dan rakannya berkunjung ke sebuah pasar raya untuk membeli barangan asas seperti telur, minyak, beras, biskut dan banyak lagi.

Kedua-dua gadis itu kemudian memasukkan barangan makanan tersebut ke dalam beg kertas sebelum diserahkan kepada Rumah Bakti Al Kausar di Bangi.

“Kami bersyukur dapat melakukan perkara baik ini secara bersama-sama menggunakan duit penat lelah kami sendiri,” katanya.

Niat baik mereka berdua mendapat pujian daripada netizen kerana menjadi contoh yang baik terutama kepada anak muda.

“Saya menangis selepas tengok video ini sampai habis, tangisan kebanggaan. Tahniah kepada awak berdua, teruskan berkongsi rezeki dan sentiasa kental mencari rezeki halal dan berkat, semoga dipermudahkan segala urusan buat kamu berdua,” komen @MaisarahNasir.

“Semoga kita semua diberikan rezeki yang lebih untuk buat kebaikan seperti ini juga,” balas @Unsaid.

“Sudahlah cantik, baik lagi,” kata @Aisyah.

“Terima kasih orang baik. Moga panjang umur mewah rezeki dan segala usaha awak dan keluarga dipermudahkan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

@sparklingjupp Give me The Kick #drinking #fast ♬ Originalton – sparklingjupp✔

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI