fbpx

[VIDEO] Baju Melayu percuma di bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar: Kelihatan wajah ceria untuk pengunjung yang hadir untuk mendapatkan baju Melayu secara percuma.

PETALING JAYA – Bazar Ramadan Taman Yayasan di Johor meraih perhatian orang ramai apabila deretan baju Melayu dan jubah terpakai yang masih elok diberikan secara percuma kepada orang ramai.

Inisiatif itu amat bermakna dan memberi keceriaan terutama buat golongan yang kurang berkemampuan atau sedang bergelut dengan masalah kewangan.

Berdasarkan klip video yang dikongsi di pemilik akaun TikTok @Mufarizam kelihatan pengunjung bazar berkenaan teruja memilih baju Melayu masing-masing.

“Kecil bagi kita tapi besar buat mereka,” katanya.

Rata-rata pengguna TikTok meluahkan rasa terharu dan mengucapkan terima kasih kerana berbesar hati berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Malah, ada pengguna media sosial yang mahu turut serta menyumbang pakaian kepada golongan yang memerlukan.

“Kat mana ni boleh sumbang? Saya banyak baju Melayu plus size (saiz besar) juga,” soal @Sistaa817.

“Boleh ke saya nak sumbang baju raya. Saya ada (pakaian) yang hanya pakai sekali je,” kata @Bukanmokcikbelang.

“Sedihnya, kita tiap-tiap tahun beli baju raya, tapi bagi orang yang tak mampu mungkin dah lama tak beli baju raya. Nikmat apa lagi yang aku dustakan ya Allah,” kataKakbell. –

“Baguslah idea macam ni,” Amani. – KOSMO! ONLINE

@maligoshik♬ YAH YAH YAH – click24s

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI