fbpx

‘Varun tengah tolong mandikan ikan ni’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adik Varun yang membantu ayahnya menyiang ikan.

PETALING JAYA – “Tiada lelaki yang sepatutnya teragak-agak untuk menyiang dan membersihkan ikan.”

Demikian kata-kata seorang bapa yang menerapkan latihan asas kehidupan seharian termasuk menyiang ikan kepada anak lelakinya, Varun.

Menerusi perkongsian di Facebook oleh Selvakumar Arunasalam, latihan asas oleh ibu bapa sewajarnya bermula dari rumah.

“Sebenarnya, Varun hanya membuat dua benda yang tidak berguna iaitu membazir air dan tanya 100 soalan,” selorohnya.

Menerusi ruangan komen, ramai netizen terhibur namun bersetuju dengan didikan awal yang diterapkan oleh bapa tersebut.

“Tak mengapa, sekurang-kurangnya adik Varun temankan ayah bersama-sama. Terbaik,” komen @ZaridahMzaki.

“Setuju bang, ayah saya kerja separuh masa sebagai nelayan, saya membesar tengok dia siang ikan tak kira besar, kecik atau berlendir. Semoga Varun dapat faham didikan ayahnya dan boleh dimanfaatkan dengan bakal pasangannya nanti,” kata @LailyAbuBakar.

“Eh tak bazir air tau appa, Varun tengah tolong mandikan ikan ni,” balas @WanieFawzy. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI