fbpx

UnIPSAS terima wakalah zakat, wakaf, sumbangan RM4.1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAFIEQ Johari (kanan) mewakili Gading Group Berhad menyampaikan sumbangan wakaf bangunan berjumlah RM2.3 juta untuk pembinaan bangunan pusat orang kurang upaya (OKU) di UnIPSAS Kuantan, Pahang.

KUANTAN – Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) menerima wakalah zakat, wakaf dan sumbangan berjumlah RM4.1 juta pada tahun ini, meningkat empat kali ganda berbanding RM1 juta pada tahun lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Zulkifli Yaacob berkata, UnIPSAS sebagai sebuah institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri bertaraf universiti penuh semakin mendapat perhatian daripada pelbagai pihak termasuk agensi-agensi kerajaan dan badan-badan korporat.

“Institusi-institusi pengajian tinggi merupakan pusat melahirkan para ilmuan yang akan menjadi tonggak kemajuan negeri dan negara pada masa depan. Mahasiswa dan mahasiswi yang menuntut di institusi-institusi pengajian tinggi seperti di UnIPSAS ini terdiri daripada mereka yang mempunyai pelbagai latar belakang termasuklah yang berasal daripada keluarga B40.

“Bantuan seperti dermasiswa dan zakat memainkan peranan yang begitu besar sebagai sistem sokongan dalam mendokong perjalanan seseorang penuntut ilmu menamatkan pengajian mereka dengan jayanya.

“Zakat yang disalurkan kepada pelajar yang layak terutama daripada kalangan B40 bukan sekadar membantu mereka melanjutkan pelajaran, tetapi juga membuka ruang kepada lahirnya generasi cendekiawan dan pemimpin negara.

“Wakaf dalam bentuk bangunan, perpustakaan, kemudahan atau peralatan pembelajaran pula akan terus memberikan manfaat yang berpanjangan kepada masyarakat,” katanya pada Majlis Khatam al-Quran, Penyerahan Wakalah Zakat dan Wakaf serta Iftar Perdana sempena Sambutan Nuzul al-Quran Peringkat UnIPSAS di Masjid UnIPSAS, di sini semalam.

Zulkifli yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Sistem Pendidikan Islam Pahang Sdn. Bhd. (SPIPSB) mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sumbangan zakat dan wakaf kepada UnIPSAS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI