fbpx

Tol Aidilfitri: ‘Kami akan umum, sabar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander (gambar kecil).

KUALA LUMPUR – Diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut kurang dua minggu lagi dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci berkenaan pengumuman tersebut.

“Memang akan ada (diskaun), sebab kita dah buat untuk (perayaan) Tahun Baharu Cina. Takkan kita tak buat untuk Aidilfitri. Tunggu kami akan umum.

“Sabar, nanti kita balik kampung. Memang ada (pengumuman tol), kita buat macam Tahun Baharu Cina. 50 peratus, sabar sikit ya. Kita kena perhalusi,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada program Lawatan Kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kementerian Kerja Raya (KKR).

Pada Februari lalu Kosmo! melaporkan, diskaun tol 50 peratus akan dilaksanakan sepanjang musim perayaan tahun ini sebagai mekanisme menggantikan tol percuma yang diamalkan sebelum ini.

Langkah itu akan menjimatkan kos yang terpaksa dibiayai kerajaan kepada syarikat konsesi sebanyak RM80 juta setahun, berbanding RM180 juta sekiranya pemberian tol percuma dilaksanakan.

Pada Januari lalu, Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju memberikan diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Berhubung lawatan Perdana Menteri hari ini, Alexander berkata, Anwar meluangkan masa lebih satu jam bertemu wakil agensi di bawah kementerian termasuk Jabatan Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan.

Anwar beramah mesra bersama warga kerja KKR ketika Lawatan Kerja Rasmi Ke KKR, Kuala Lumpur, hari ini. – Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

“Lawatan Perdana Menteri ini (bertujuan) supaya KKR boleh meningkatkan prestasi sebagai satu kementerian pelaksana yang penting dalam negara. Apa-apa sahaja pembangunan memang memerlukan pembinaan dan sebagainya.

“Kita ambil maklum kehendak Perdana Menteri dan saranan beliau tidak lain tidak bukan untuk memberi keutamaan kepada projek segera dan kos untuk bisnes supaya projek kita ada ‘value for money’,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI