fbpx

Tesla rempuh pejalan kaki, 7 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan Tesla yang remuk selepas melanggar tiang lampu dan lampu isyarat di timur London. - Jam Press

LONDON – Sekurang-kurangnya tujuh orang cedera selepas sebuah kenderaan elektrik (EV) Tesla merempuh kumpulan pejalan kaki, lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Nahas berlaku di sebuah persimpangan dekat Stepney Green, timur London pada Ahad lalu. 

Orang ramai terkejut apabila melihat kereta Tesla berwarna putih itu melanggar tiang lampu dan lampu isyarat.

Rakaman kejadian di media sosial memaparkan serpihan kaca bertaburan jalan raya, manakala kereta Tesla itu remuk di bahagian hadapan. 

Jurucakap Perkhidmatan Ambulans London berkata: “Kami bergegas ke Mile End Road, E1 selepas menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 5.26 petang (waktu tempatan). 

“Kami mengerahkan tiga ambulans dan beberapa sumber lain.

“Kesemua tujuh mangsa menerima rawatan kecemasan di tempat kejadian. Mereka kemudian dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut,” tambahnya.

Pihak berkuasa masih giat menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kemalangan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI