PETALING JAYA – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Syawal pada petang 30 Mac 2025 bersamaan 29 Ramadan 1446 Hijrah.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan berkata, ketetapan itu dibuat bagi menyempurnakan titah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
“Majlis Raja-raja bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
“Penyimpan Mohor Besar Raja- raja akan mengisytiharkan tarikh Hari Raya Aidilfitri pada malam itu melalui radio dan televisyen,” katanya.
Sehubungan itu, jawatankuasa- jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Syawal pada petang hari tersebut melibatkan 29 lokasi di seluruh Malaysia.
Lokasi-lokasi tersebut adalah seperti berikut:
1.Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor
2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka
3. Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan
5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan
6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan
7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak Darul Ridzuan
8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang
9. Kampung Pulau Sayak , Kuala Muda, Kedah Darul Aman
10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman
11. Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah Darul Aman
12. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu
13. Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu
14. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu
16. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan
17. Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan
18. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan
19. Pusat Falak Miri, Sarawak
20. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak
21. Pusat Falak Bintulu, Sarawak
22. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah
23. Tapak Cerapan Hilal Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang
24. Stesen Cerapan Hilal Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang
25. Menara 188, Kuantan Pahang
26. Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
27. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
28. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya
29. Menara Pandang, Masjid Al Hussain, Kuala Perlis, Perlis