fbpx

Syed Saddiq tiba di Istana Kehakiman, kemunculan Bella masih dinanti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq ketika tiba di Istana Kehakiman, pagi ini.

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiba di Istana Kehakiman di sini pada pukul 10.20 pagi bagi menghadiri prosiding rayuan hari kedua yang dijangka bermula pada pukul 10.30 pagi.

Ketibaan Syed Saddiq yang lengkap memakai sut berwarna hitam ditemani dua orang pegawainya.

Bagaimanapun, kelibat pelakon Bella Astillah masih belum kelihatan ketika ini.

Semalam, Syed Saddiq menzahirkan ucapan terima kasih kepada Bella Astillah yang sudi hadir bagi memberikan sokongan kepadanya di Istana Kehakiman.

Syed Saddiq juga sempat melontarkan pujian terhadap pelakon dan penyanyi itu dengan menyifatkannya sebagai seorang wanita yang luar biasa.

“Terima kasih. Dia wanita yang luar biasa dan saya terhutang budi,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan memaklumkan bahawa tiada keputusan akan dibuat berhubung rayuan Syed Saddiq bagi mengetepikan sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, dan denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI