PETALING JAYA – Kemeriahan hidangan moreh seperti kambing bakar, roti canai dan kerang bakar menjadikan surau Elmina Gardens, Selangor antara tumpuan umat Islam untuk bertarawih di sana.
Rakaman yang dimuat naik di platform Tiktok oleh akaun @Ariffashman memaparkan suasana meriah di surau berkenaan dibanjiri oleh para muslimin dan muslimat sedang menjamu selera selepas selesai ibadah tarawih.
Rakaman itu mencatatkan lebih 982,800 ribu tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
“Itu sebab Islam kena kaya tak kisah lah siapa pun. Bboleh infak macam-macam dekat masjid dan orang di kawasan tu pun berkemampuan. Rezeki untuk semua orang merasa hidangan mewah,” kata seorang netizen.
“Saya baru tahu orang panggil surau ni surau T20. Kebanyakan pak cik-pak cik dekat sini tak memandu, mereka jalan kaki sahaja bawa motor atau naik skuter elektrik. Kebanyakan mereka ini sudah pencen,” kata pengguna media sosial lain. – KOSMO! ONLINE