fbpx

RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025: Perkukuh kebebasan Parlimen – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika sesi lisan di Dewan Negara, hari ini. Foto JABATAN PENERANGAN

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2025 perlu diluluskan bagi membolehkan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 dikuatkuasakan, sekali gus menjadikan Parlimen sebuah institusi yang bebas dan berdaulat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pindaan Perlembagaan Persekutuan ini bukan sahaja mengukuhkan kebebasan institusi Parlimen, tetapi juga merupakan kejayaan dalam reformasi institusi negara ini.

“Kita serius menunaikan amanah dan janji. Ini juga satu hal, kalau Parlimen sekarang ia di bawah Perdana Menteri iaitu Jabatan Perdana Menteri.

“Namun Perdana Menteri memilih untuk menyerahkan ini sebagai badan bebas, sebab itu bila sebut reformasi institusi memang enak tetapi sukar nak dapat Perdana Menteri yang hendak serahkan kuasa.

“Kita terpaksa lakukan kerana ini akan memperkukuhkan semangat,” katanya ketika membentangkan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 buat bacaan kali kedua di Dewan Negara, hari ini.

Menurut Anwar, kelulusan pindaan ini adalah langkah penting untuk membolehkan penggubalan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025, yang telah dibincangkan selama bertahun-tahun dan kini diluluskan di Dewan Rakyat.

Beliau menegaskan bahawa pindaan ini selaras dengan prinsip pengasingan kuasa antara legislatif, eksekutif dan kehakiman, yang telah digariskan sejak era Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tahun 1957. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI