fbpx

Permintaan kerepek meningkat menjelang Syawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd.Fauzi (kiri) dan Abdul Razak menunjukkan kerepek yang dijual di Pusat Jualan Ros Kerepek di Kanchong Darat di sini baru-baru ini.

KUALA LANGAT- Permintaan juadah raya seperti kerepek sentiasa meningkat menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Pengurus Syarikat Ros Kerepek yang beroperasi di Kampung Kanchong Darat, Mohd.Fauzi Roslan, permintaan terhadap kerepek ubi kayu dan pisang tanduk meningkat kepada 15,000 kilogram (kg) pada musim perayaan berbanding hanya tujuh 7,000 kg sahaja pada bulan-bulan biasa

“Bagi memastikan pengeluaran produk kerepek ubi kayu dan pisang untuk hari raya tahun ini tidak tergendala, kami telah memeterai perjanjian kontrak ladang secara usaha sama dengan peladang dan lain-lain pembekal bahan mentah tempatan.

“Buat masa ini kami bekerjasama dengan para peladang di Sungai Kelambu dan kawasan sekitar yang menanam pisang dan ubi kayu melibatkan hampir 200 hektar keluasan kawasan ladang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika tinjauan pihak Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat di Pusat Pengedaran Ros Kerepek di sini baru-baru ini

Selain itu, Pengerusi PPK Kuala Langat, Dr. Abdul Razak Khasbullah berkata,
pihaknya sentiasa komited untuk membantu peladang dan usahawan industri asas tani memasarkan produk mereka.

Produk seperti kerepek katanya, mampu menaikkan nama daerah tersebut sebagai pusat pemasaran kerepek nasional. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI