fbpx

Perancis edar buku kelangsungan hidup hadapi perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berkumpul berhampiran Menara Eiffel di Place du Trocadero, Paris pada 4 Mac 2024. - AFP

PARIS – Perancis akan mengedarkan buku manual kelangsungan hidup kepada setiap isi rumah bagi membantu rakyatnya bersedia menghadapi sebarang ancaman, termasuk peperangan, lapor saluran berita CNN semalam.

“Manual kelangsungan hidup ini bertujuan untuk menggalakkan rakyat mengembangkan daya tahan mereka dalam menghadapi krisis berbeza,” kata jurucakap Perdana Menteri, Francois Bayrou.

“Ia termasuk bencana alam, insiden teknologi dan siber, krisis kesihatan seperti Covid-19 dan krisis keselamatan seperti serangan pengganas serta konflik bersenjata,” tambahnya.

Jika diluluskan oleh Bayrou, buku kecil 20 muka surat itu akan dihantar kepada isi rumah sebelum musim panas ini.

Manual itu akan dibahagikan kepada tiga bahagian, dengan menawarkan nasihat praktikal tentang cara melindungi diri dan orang tersayang dalam menghadapi bahaya.

Antara saranan adalah mempunyai senarai kenalan kecemasan (perkhidmatan bomba, polis dan ambulans), mengetahui saluran radio mana yang perlu didengari dan memastikan semua pintu ditutup sekiranya berlaku insiden nuklear.

Buku kecil itu turut mengesyorkan semua isi rumah mempunyai kit survival termasuk enam liter air botol, 12 tin makanan, bateri dan lampu suluh sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik.

Ia juga akan menasihati rakyat untuk membeli bekalan perubatan seperti parasetamol, kompres, dan larutan garam. 

Langkah Perancis itu  mengikuti jejak serupa yang dilakukan oleh Sweden dan Finland, yang turut mengeluarkan buku manual kelangsungan hidup kepada berjuta-juta isi rumah.- AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI