fbpx

Penjaja haram di Selayang digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa merobohkan dan menyita barangan peniaga haram di Taman Samudera, semalam.

SELAYANG – Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengambil tindakan sitaan terhadap peniaga tanpa lesen dalam operasi halangan di Jalan Samudera Barat 1, Taman Samudera di sini, semalam.

MPS berkata, operasi tersebut dijalankan selama tiga jam bermula pukul 9 pagi sehingga 12 tengah hari.

“Beberapa peniaga dikenakan tindakan sitaan kerana didapati menjalankan operasi dengan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh MPS.

“Antara barangan yang dirampas termasuk 10 buah kerusi plastik, satu gerai mudah alih, empat buah khemah biru, serta peralatan memasak,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

MPS berkata, beberapa pemilik khemah turut dikenakan tindakan sita melibatkan 92 buah kerusi hitam, 30 buah meja lipat, 6 tong gas merah, 2 buah peti sejuk, dapur dan gerai jualan.

“Kerja-kerja pembersihan di kawasan berhampiran premis cuci kereta tanpa lesen turut dijalankan dan semua barang sitaan dibawa ke stor untuk tindakan lanjut,” jelasya.

Justeru, MPS berkata, pihaknya akan terus memantau isu melibatkan peniaga dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan tersebut bebas daripada penjaja haram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI