PETALING JAYA – Sifat pembersih sepatutnya diamalkan oleh setiap individu, lebih-lebih lagi apabila tinggal bersama orang lain.
Menjaga kebersihan juga mencerminkan disiplin diri untuk mewujudkan suasana selesa dan harmoni, namun begitu, lain pula kisah yang tular di TikTok milik @4iyien.
Pemilik akaun itu berdepan pengalaman perit apabila tinggal dengan rakan serumah yang pengotor.
Individu tersebut dikatakan menyimpan sampah yang sudah busuk, merosakkan paip singki dan meninggalkan singki bersepah sehingga ‘menjemput’ cicak serta lipas.
“Selalu lalu fyp ‘housemate’ (rakan serumah) dia orang pengotor. Ni dapat dekat aku sendiri. Kami dah penat cakap dalam group (kumpulan), tetapi perangai tetap sama,” tulisnya.
Tinjauan di ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa geram dan geli melihat keadaan rumah tersebut yang kotor.
“Walaupun saya ni pemalas tengok macam ni pun dah berbulu mata,” komen @Aerinnabilaa
“Kembang tekak tengok part (bahagian) singki,” kata @Babathere.
“Kalau akulah kan memang aku jerit satu rumah,” balas @Ssophiea4. KOSMO! ONLINE