KOTA TINGGI – Seorang pemuda maut selepas pacuan empat roda dipandu terlibat kemalangan dengan sebuah lori treler berhampiran tugu menghala ke Mersing, Jalan Mawai petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB ) Mohd Shawaluddin Ami Nordin berkata mangsa maut merupakan pemandu lelaki berusia 27 tahun.
Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kemalangan itu pada pukul 1.10 petang sebelum bergegas ke lokasi bersama enam anggota.
“Setibanya di lokasi kejadian, anggota mendapati pemandu lori treler berusia 44 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala pemandu Toyota Hilux tersepit di bahagian pemandu dan tidak sedarkan diri.
“Anggota bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas dan mangsa di bawa ke Hospital Kota Tinggi sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan, ” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE