fbpx

NCT beli SJSB RM22 juta 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NGAN CHOY (dua, kiri) berjabat tangan dengan Pengarah SJSB, Herman Lee pada majlis pemeteraian SSA baru-baru ini.

PETALING JAYA – NCT Alliance Berhad (NCT) melalui anak syarikatnya, NCT Panorama Sdn. Bhd. telah memeterai perjanjian jualan saham bersyarat (SSA) dengan Herman Lee Show Kien dan Melvin Lee untuk memiliki 51 peratus kepentingan dalam Setara Juara Sdn. Bhd. (SJSB) pada nilai RM22 juta.

Pembelian itu akan dilaksanakan melalui tunai dan juga kontra harta.

Pengerusi Eksekutif NCT Alliance, Datuk Seri Yap Ngan Choy berkata, pemilikan tersebut akan membuka jalan kepada projek pembangunan Ion Marina Bay yang dianggarkan melibatkan nilai pembangunan kasar RM3.4 bilion.

“Perjanjian ini menjadi pemacu utama kepada pengembangan NCT di Sabah, dalam usaha syarikat untuk membina komuniti yang mampan dalam wilayah pertumbuhan tinggi.

“Dalam hala tuju kami, syarikat akan memfokuskan usaha untuk terus mara dalam bidang pembangunan yang menyediakan nilai tinggi kepada pemilik kediaman, perniagaan, dan juga pelabur,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ion Marina Bay adalah projek pembangunan bercampur yang meliputi kawasan seluas 100 hektar yang terdiri daripada segmen kediaman, komersial dan komponen gaya hidup.

Ia terletak secara strategik pada jarak dua kilometer dari pusat bandar Putatan, dan lima kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI