SPEKULASI liar terus berlarutan, mendiang Kim Sae-ron kini didakwa pernah berkahwin dengan lelaki berdarah kacukan Amerika-Korea serta hamil sebelum meninggal dunia.
Tuduhan tersebut dimuat naik dalam saluran YouTube Lee Jin-hoo tetapi dipercayai sudah dipadam dalam tempoh beberapa minit selepas dimuat naik.
Dalam masa sama, klip audio berkaitan perbualan mendiang dengan bekas kakitangan agensi mengenai perkahwinannya yang terpaksa dilakukan kerana hamil tersebar dalam media sosial.
“Saya gugurkan kandungan itu, dia mengancam saya dengan bayi. Jadi saya berkahwin,” katanya dalam audio tersebut.
Pihak keluarga mendiang tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Youtuber Jin-hoo kerana menyebarkan maklumat palsu.
Bagaimanapun, peminat masih menuntut tindakan undang-undang dikenakan kepada pelakon Kim Soo-hyun yang didakwa bercinta dengan Sae-ron ketika selebriti itu masih di bawah umur.
Ada juga dakwaan mengatakan agensi Soo-hyun, Gold Medalist menjadi dalang yang cuba mengalihkan naratif sehingga timbulnya fitnah baru.
Meski nama terus dikaitkan, pihak aktor berusia 37 tahun itu tidak mengeluarkan sebarang maklum balas mengenai dakwaan tersebut.
Sebelum ini, bintang drama The Great Shaman Ga Doo Shim itu ditemui mati di rumahnya di Seoul oleh seorang rakan pada 16 Februari lalu, manakala polis tidak menemui sebarang bukti jenayah.
Menerusi strim secara langsung sebelum ini di YouTube, Ga Se Yeon mendakwa Soo Hyun dan Sae Ron menjalin hubungan cinta selama enam tahun sejak mendiang berusia 15 tahun.
Wakil pengurusan Soo Hyun iaitu Gold Medalist bagaimanapun menafikan segala dakwaan terhadap aktor itu namun kemudiannya mengaku artis mereka pernah bercinta dengan Sae-ron ketika aktres itu berusia 18 tahun.
Aktor itu dijangka membuat kenyataan penuh berhubung isu itu dan kini dilaporkan berada dalam keadaan tidak stabil selain emosinya terganggu akibat tekanan.
Selain bercinta dengan gadis bawah umur, Soo Hyun juga dikatakan pernah mendesak Sae Ron untuk menjelaskan hutang sebanyak RM2.1 juta kepada syarikat pengurusannya. – KOSMO! ONLINE