fbpx

Mayat budak perempuan dihanyut arus dijumpai di tepi pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa dijumpai di Pantai Kala Dana, hari ini.

MUKAH – Mayat kanak-kanak perempuan yang hilang ketika mandi bersama abangnya di tepi Sungai Batang Mukah pada Selasa lalu, ditemui hari ini.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias, berkata, mayat mangsa berusia 7 tahun itu dijumpai kira-kira pukul 9.25 pagi oleh penduduk kampung.

“Mayat mangsa dijumpai di Pantai Kala Dana, berhampiran Tapak Pesta Kaul. Semasa pemeriksaan, tiada sebarang kecederaan yang didapati pada tubuh mayat mangsa,” katanya.

Beliau berkata mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut.

Semalam media melaporkan, mayat abang mangsa yang berusia 10 tahun dijumpai terapung pada jarak dua kilometer dari lokasi mereka dilaporkan tenggelam akibat dibawa arus ketika mandi di tepi Sungai Batang Mukah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI