JAKARTA – Seorang lelaki transgender mengundang perhatian ramai ketika menunaikan solat tarawih di sebuah masjid, lapor portal berita Suara semalam.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @undercover.id memaparkan lelaki berambut panjang itu duduk di antara saf lelaki bersama rakannya.
Meskipun memakai barang kemas seperti wanita, dia tetap menyarungkan kain pelekat dan meletakkan selendang untuk menutup dadanya.
Lebih menarik, lelaki itu dapat menunaikan solat tarawih secara jemaah.
Rakaman itu mencatatkan lebih 1.2 juta tontonan dan rata-rata, netizen memuji sikap lelaki tersebut serta jemaah lain yang menerima keberadaannya di masjid.
“Saya bangga dengan jemaah lain kerana tidak menghina atau membulinya,” kata seorang netizen.
“Cantik! Yang penting tak tinggal solat,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI