fbpx

Lelaki rentung rumah didiami terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membantu memadamkan kebakaran di Kampung Kuala Semantan, Cheroh, dekat sini tengah malam tadi.

RAUB – Seorang lelaki yang tinggal bersendirian ditemukan rentung apabila rumah yang didiami musnah dijilat api dalam kejadian di Kampung Kuala Semantan, Cheroh, di sini tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Mohd. Razam Taja Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.42 tengah malam dan 13 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub dan BBP Lipis dikejarkan ke lokasi dengan tiga jentera.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 22 kilometer dari BBP Raub, komander operasi melaporkan terdapat kebakaran melibatkan sebuah rumah separuh kekal.

“Peratusan kebakaran dianggarkan 100 peratus. Mangsa, Zahari Ibrahim berusia 50 tahun ditemukan rentung. Mayat lelaki itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI