fbpx

Lelaki Orang Asli jatuh ketika pasang pukat ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT lelaki Orang Asli yang dilaporkan terjatuh di Sungai Perlus di Kampung Chenein, Lasah di Sungai Siput dijumpai pada pukul 12.52 tengah hari tadi.

SUNGAI SIPUT – Seorang lelaki Orang Asli yang dilaporkan terjatuh ketika memasang pukat di Sungai Perlus di Kampung Chenein, Lasah di sini Selasa lalu ditemui lemas, hari ini.

Mayat Amran Ahin berusia 43 tahun dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat pada jarak 10 kilometer dari lokasi lelaki itu terjatuh pada pukul 7 petang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mayat mangsa dijumpai kumpulan tiga disertai anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang melakukan pencarian bersama.

Katanya, mangsa ditemui terapung dan tersangkut pada ranting kayu dan buluh di Kampung Ara, Felda Lasah pada pukul 12.52 tengah hari.

“Anggota penyelamat segera mengangkat mayat lelaki itu untuk dibawa ke tebing dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi disertai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput dibantu tiga anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Ipoh dan lima anggota PPDA BBP Kuala Kangsar.

“Selain bantuan dari K9 bomba, operasi turut disertai pasukan polis dan APM menggunakan lima buah bot aluminium dan fiber. Operasi ditamatkan pada pukul 1.30 petang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI