fbpx

Leftenan jeneral polis menyanyi ketika bertugas ditukar jabatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai polis tersebut menyanyi seketika di sebuah lokasi hiburan. - TikTok

BANGKOK – Seorang pegawai polis berpangkat leftenan jeneral dihukum dengan cara ditukar ke jabatan lain selepas sebuah video tular memaparkan dia menyanyi di sebuah lokasi hiburan ketika bertugas, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Beberapa pengunjung acara itu membuat naik video pada minggu lalu yang memaparkan pegawai berkenaan menyanyi di atas pentas ketika memakai pakaian seragam polis.

Pegawai tersebut menyanyikan sebuah lagu daripada kumpulan rock Thailand, Labanoon selepas pengunjung menghulurkan mikrofon kepadanya.

Selepas menyampaikan lagu tersebut, dia meminta diri lalu menyambung tugasnya.

Video itu menerima komen positif daripada pengguna media sosial dengan rata-rata menganggap polis tersebut sebagai menghiburkan dan mesra.

Namun, video itu bertukar menjadi kontroversi kerana pada kelmarin, Polis Wilayah Phra Nakhon Si Ayutthaya mengeluarkan dokumen rasmi yang mengumumkan pemindahan pegawai itu.

Pegawai tersebut dipindahkan daripada jawatannya di Balai Polis Uthai untuk bertugas di ibu pejabat Polis Diraja Thailand, di mana jawatankuasa khas akan menyiasat kelakuannya menyanyi ketika bertugas. 

Tugas hariannya juga akan dipantau rapi di ibu pejabat.

Perkembangan itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan orang ramai, dengan ada yang bersetuju bahawa pegawai itu harus dihukum kerana terlibat dalam aktiviti hiburan semasa menjalankan tugasnya.

Sebilangan yang lain pula berpendapat bahawa tindakannya tidak menimbulkan sebarang isu besar, malah membantu meningkatkan imej polis Thailand. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI