fbpx

Lebih 300 penghuni Rh. Lapie tinggal sehelai sepinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran yang memusnahkan 27 daripada 30 pintu Rh. Lapie di Sungai Sinai, Ulu Sebauh, Bintulu menyebabkan lebih 300 penghuni hilang tempat tinggal.

BINTULU – Lebih 300 penghuni Rh. Lapie di Sungai Sinai, Ulu Sebauh di sini tinggal sehelai sepinggang akibat kebakaran yang meranapkan 27 daripada 30 pintu rumah panjang terbabit, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, Christus Buson, berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 11.09 pagi dan segera ke lokasi yang terletak pada jarak 34 kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, operasi pemadaman dilakukan dengan membentang dua aliran hos 400 kaki, lima nozel sumber air terbuka dan bantuan air daripada lori tangki bomba sehingga api berjaya dikawal sepenuhnya.

“Akibat kejadian itu, 27 pintu rumah terbakar 100 peratus manakala tiga pintu berjaya diselamatkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun turut mengalami sesak nafas dan telah dihantar ke Hospital Bintulu menggunakan EMRS Bomba manakala penghuni lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Christus berkata ketika ini kerja-kerja overhaul masih dilakukan di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI