fbpx

Langsir, baju raya habis tenggelam banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hairul Azim (gambar kecil).

JOHOR BAHRU – Mangsa banjir, Hairul Azim Jasmin, 21, hanya mampu melihat barangan kelengkapan untuk menyambut Aidilfitri seperti baju, langsir dan televisyen ditenggelami air.

Hairul Azim yang tinggal di Kampung Pasir Tebrau di sini menganggap bah kali ini lebih mencabar dan meninggalkan kesan kepada penduduk kerana mereka berpuasa dan bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Katanya, hujan lebat yang berlarutan sejak semalam menjejaskan 54 buah rumah membabitkan 105 keluarga termasuk warga emas dan kanak-kanak.

“Waktu malam (semalam) keadaan (banjir) dah teruk, namun surut semula pada tengah hari. Pagi tadi, hujan turun lagi dan air naik semula.

“Kami hanya sempat menyelamatkan dokumen penting,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi hari ini.

Hairul Azim dan keluarga kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara, di sini sejak semalam.

Sementara itu, suri rumah, Zaleha Bachok, 52, memberitahu, air mula naik sejak pagi tadi selepas hujan sepanjang malam dan rumahnya yang terletak di kawasan tinggi turut dinaiki air.

“Sepanjang 29 tahun tinggal di sini. Ini (kejadian) banjir yang paling teruk, tidak pernah terjadi tetapi apa boleh buat, kami reda sebab duduk di kawasan rendah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI