fbpx

Kutipan Wakaf Mara Madani cecah RM51.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran yang dikongsikan Ahmad Zahid di Facebook rasminya hari ini.

PETALING JAYA – Kutipan Wakaf Mara Madani bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini berjaya mencecah RM51.6 juta hasil sumbangan daripada 1,845 penyumbang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, lebih membanggakan apabila seramai 1,114 orang telah tampil menyumbang pada hari pelancarannya yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 Mac lalu dengan jumlah kutipan RM201,168.

“Alhamdulillah, saya amat bersyukur melihat sambutan luar biasa daripada rakyat Malaysia, khususnya dalam kalangan penyumbang individu dan korporat bumiputera.

“Angka ini mencerminkan keyakinan rakyat terhadap inisiatif ini sebagai pemacu perubahan ekonomi bumiputera yang mampan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, dalam fasa awal pelaksanaan Wakaf Mara Madani, manfaat wakaf akan disalurkan ke pelbagai sektor utama termasuk pendidikan, keusahawanan, kebajikan, kesihatan, pengangkutan serta pembangunan asset wakaf.

Jelasnya, antara inisiatif utama wakaf itu adalah bantuan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi, khususnya bagi sesi kemasukan Julai 2025.

“Insya-Allah, agihan keuntungan daripada pengembangan wakaf ini dijangka bermula seawal Julai 2025,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI