fbpx

KLFA didesak lepaskan pemilikan KL City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KL CITY berdepan tekanan kewangan sehingga berdepan masalah melunaskan gaji para pemain.

PENGURUSAN baharu Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) diminta tidak bersikap ego dan perlu mengambil pendekatan terbuka untuk melepaskan pemilikan Kuala Lumpur City kepada mana-mana pihak yang berminat untuk ambil alih.

Mantan Presiden KLFA, Khalid Abdul Samad berkata, masa depan pasukan tidak boleh dijadikan taruhan hanya kerana pengurusan baharu tidak mampu menampung beban kos tinggi untuk membolehkan The City Boys bermain di Liga Super.

“Maka dicadangkan jual pasukan bola sepak KL City dengan seberapa segera, sudah ada pihak yang telah buat pembayaran (deposit) sebelum ini. Lepaskan tanggungan yang kamu rasa tidak mampu untuk tanggung.

“Jangan kerana kamu tidak mampu, kamu bawa KL City ke Liga Perdana atau pun keluar daripada Liga Super, paling kurang beri pada pihak yang sudah sanggup nak beli. Pelabur sudah bayar RM1.53 juta dan kamu pun sudah guna untuk bayar gaji pemain.

“Lepaskan, biar orang lain yang mampu dan bercita-cita untuk kekalkan pasukan di peringkat tertinggi. Mengaku saja kamu tidak mampu, tidak perlu salahkan pengurusan lama,” katanya.

Selain itu, Khalid menjelaskan KLFA sudah bersetuju untuk memulangkan deposit RM1.53 juta berkenaan kepada pelabur sekiranya badan induk itu tidak bercadang untuk lepaskan pegangan saham kelab.

“Bayaran itu dilakukan sebelum kongres sebelum ini dan memang perjanjian bahawa sekiranya perjanjian ini tidak diteruskan, maka duit itu kena dipulangkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI