PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri hingga pukul 1 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, tiga negeri tersebut adalah Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah.
“Di Negeri Sembilan, kawasan terlibat adalah Tampin selain keseluruhan Melaka.
“Turut terkesan adalah di Pedalaman Sabah (Sipitang, Tenom dan Nabawan) dan Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna),” kata kenyataan itu.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE.