PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah dan Sarawak sehingga 7 malam ini.
Menurut MetMalaysia, hujan lebat dijangka melanda di Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan dan Pendang), Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin), dan Melaka.
“Amaran cuaca buruk tersebut turut dikeluarkan di Sarawak termasuk daerah Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang.
“Sementara itu, di Sabah kawasan yang terjejas termasuk bahagian pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Sandakan (Tongod),” katanya.- KOSMO! ONLINE