fbpx

Gagal seludup satu treler kelapa ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah treler membawa sebanyak 38,580 biji kelapa untuk diseludup ke Thailand yang ditahan di pangkalan haram Sekam Padi, Tumpat semalam. Foto IHSAN PGA

TUMPAT – Cubaan seorang lelaki untuk menyeludup sebanyak 38,580 biji kelapa di dalam sebuah treler tidak berhasil selepas kenderaan itu ditahan semasa berada di stor pangkalan haram Sekam Padi, di sini semalam.

Rampasan dijalankan kira-kira pukul 1.30 tengah hari semasa anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan tugas menerusi Op Taring Wawasan Kelantan di kawasan itu.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Ab. Hamid berkata, pemeriksaan di dalam treler itu membawa kepada penemuan sebanyak hampir 38,580 biji kelapa yang dipercayai untuk diseludup ke Thailand melalui pangkalan haram tersebut.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati, seorang lelaki berudis 38 tahun dipercayai berperanan sebagai penghantar untuk menyeludup kelapa tersebut ke negara jiran.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk treler itu dianggarkan bernilai RM1.03 juta. Suspek dan barangan rampasan dibawa ke Balai Polis Pengkalan Kubor di sini untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Nik Ros Azhan berkata, kes disiasat mengikut Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI