fbpx

Final Piala Malaysia ditukar ke 26 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MFL membuat keputusan itu selepas menerima permohonan rasmi daripada Sri Pahang dengan persetujuan JDT. - AMIR KHALID

PETALING JAYA: Aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dianjak ke 26 April ini, berbanding jadual asal yang sepatutnya dilangsungkan pada 12 April.

Keputusan itu dibuat selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menerima permohonan rasmi daripada Sri Pahang dengan persetujuan Harimau Selatan.

“Dengan perubahan ini, MFL juga akan melakukan pindaan jadual baki perlawanan Liga Super musim ini dan akan memaklumkan perkembangan lanjut dalam masa terdekat,” menurut kenyataan rasmi MFL.

Pertembungan final antara JDT dan Sri Pahang FC dijangka sengit, dengan kedua-dua pasukan bersedia memberikan persembahan terbaik bagi merebut trofi berprestij bola sepak negara.

Perubahan ini juga membolehkan penyokong kedua-dua pasukan merancang perjalanan mereka ke ibu negara, selain membantu kelancaran urusan jualan tiket yang dikendalikan sepenuhnya oleh pasukan finalis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI