fbpx

F1: Piastri mahu penjelasan McLaren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIASTRI terbabas pada hujung perlumbaan menyebabkan dia terpaksa akur menamatkan perlumbaan di kedudukan kesembilan pada GP Australia. - AFP

MELBOURNE – Pelumba McLaren, Oscar Piastri mahukan penjelasan lanjut daripada pasukannya bagi memahami arahan untuk dia tidak mencabar kedudukan rakan sepasukan, Lando Norris pada perlumbaan pembukaan musim di Grand Prix Australia hujung minggu lalu.

Piastri yang turun beraksi di negara kelahirannya telah diberikan arahan untuk tidak memotong Norris meskipun dia memiliki kepantasan yang lebih baik untuk mengemudi perlumbaan sekali gus bercanggah dengan kenyataan McLaren sebelum ini.

Pasukan tersebut sebelum aksi tersebut bermula menegaskan kedua-dua pemandu diberi kebebasan untuk berlumba dan bersaing selepas mereka berjaya menguasai barisan hadapan dalam sesi kelayakan.

Pada pusingan ke-29, jurutera perlumbaan McLaren, Tom Stallard memberi arahan jelas kepada Piastri untuk dia mempertahankan kedudukan yang membawa maksud dia perlu berada di belakang Norris yang mendahului perlumbaan.

Bagaimanapun, selepas beberapa pusingan kemudian, McLaren menarik balik arahan itu, tetapi ketika itu Piastri sudah kehilangan momentum akibat kehausan tayar.

Kesilapan kecil di Selekoh 6 menyebabkan Piastri gagal mengekalkan jarak dengan Norris dan lebih malang, hujan pada lewat perlumbaan menyaksikan dia tergelincir dan hanya mampu menamatkan saingan di tempat kesembilan.

Piastri mengakui keadaan perlumbaan yang tidak menentu mempengaruhi keputusan pasukan dan pelumba itu memerlukan penjelasan McLaren untuk dia memahami keputusan tersebut dengan lebih baik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI