BEIJING – Seorang lelaki di China menjana pendapatan lumayan dengan menawarkan khidmat mendukung wanita kepenatan untuk mendaki gunung’, lapor portal berita News.com.au semalam.
Xiao Chen, 26, menjalankan perkhidmatan itu di Gunung Tai, wilayah Shandong.
Ramai pelancong wanita mahu Chen mendukung mereka untuk mendaki ,000 anak tangga terakhir menuju puncak Gunung Tai.
“Saya akan memegang tangan mereka di sepanjang laluan. Apabila mereka letih, saya akan mendukung mereka,” kata Chen.
Menurutnya, dia mendapat bayaran sekitar 941 yuan (RM130) pada siang hari dan 1,086 yuan (RM151) untuk pendakian di sebelah malam.
“Ia mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mendukung seseorang menaiki 1,000 anak tangga hingga ke puncak.
“Saya memperoleh pendapatan lebih 300,000 yuan (RM41,463) sebagai ‘teman pendakian’,” tambahnya.
Kebanyakan pelanggan Chen terdiri daripada wanita berumur antara 25 hingga 30 tahun.
Dia juga mula mengupah beberapa pekerja lain selepas perkhidmatannya menerima pemermintaan tinggi. – ASGENSI