fbpx

‘Dalam kita sibuk di bazar, bomba sedang padam api kebakaran’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fizie tersentuh dengan pengorbanan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang bertungkus-lumus terlibat dengan operasi memadam kebakaran.

PETALING JAYA – Penyampai radio, Fizie Roslan tersentuh dengan pengorbanan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang bertungkus-lumus terlibat dengan operasi memadam kebakaran hutan di Pekan sejak awal Ramadan lalu.

Fizie meluangkan masa dan melawat lokasi kejadian itu di Cenderawasih, Pekan sambil membawa juadah berbuka puasa yang diedarkan kepada kira-kira 150 anggota terbabit termasuk pasukan sukarelawan.

“Saya terfikir dalam kita semua sibuk di bazar Ramadan dan bersama keluarga tapi abang-abang bomba ini semua bertungkus-lumus berusaha memadam kebakaran.

“Bayangkan dalam keadaan panas dan bulan puasa mereka tetap komited meneruskan operasi sejak 2 Mac, bagi saya bukan satu kerja mudah.

“Saya memang tergerak hati dan ajak isteri serta ibu mertua untuk turun sendiri ke lokasi untuk memberikan sedikit penghargaaan dan tanda sokongan kepada usaha mereka,” katanya.

Fizie yang juga duta Mammy Mineral Essence bersama pengasas produk Hasmah Mohamad serta isterinya Fatin Syarmimi Izzati Mohd Idris turut meluangkan masa berbuka di lokasi kebakaran bersama anggota bomba bertugas.

Kunjungan itu juga sebahagian dari program Setulus Kasih Ramadan Mammy Mineral Essence dengan kerjasama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bomba dan Penyelamat Malaysia (PERISMA) Pahang dibawah seliaan pengerusinya Suraya Jusoh.

Pengarah Bomba Pahang Mohd. Razam Taja Rahim yang berada dilokasi melahirkan rasa terima kasih kepada Fizie yang prihatin dengan anggotanya.

Beliau berkata, lebih 80 kawasan kebakaran sudah dikawal dan operasi yang dinamakan Ops Cenderawasih itu masih berjalan.

“Di kawan ini saja seramai kira-kira 123 anggota dari Balai Zon 1 Kuantan, ditugaskan setiap hari serta sukarelawan Jabatan Hutan dan kita memantau keadaan kebakaran supaya tidak merebak.

“Kita berterima kasih dengan kehadiran Fizie dan Puan Hasmah yang sudi melawat kami dan berkongsi rezeki berbuka puasa serta sedikit sebanyak membuatkan anggota seronok,” katanya.

Sementara itu, Hasmah yang lebih mesra disapa Mammy berkata, dirinya terharu mengenangkan anggota bomba berkenaan yang tidak dapat berbuka bersama keluarga.

“Bila Fizie cadangkan Mammy terus setuju sebab memang Mammy nak jumpa sendiri ucap terima kasih kepada semua anggota bomba.

“Mammy gembira sebab dapat kongsi sedikit rezeki dan beri anggota bomba cuba sendiri kebaikan produk Mammy Mineral Essence iaitu minuman kesihatan,” katanya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI