fbpx

CBP untung RM124 juta tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar

PETALING JAYA – Co-opbank Pertama (CBP) terus menunjukkan prestasi kewangan cemerlang dengan mencatatkan keuntungan RM124.19 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, iaitu 3.1 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Sehingga 31 Disember 2024, jumlah modal syer CBP telah mencatatkan lebih RM1.6 bilion dan jumlah tersebut mencukupi untuk menyokong perkembangan perniagaannya tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, pihaknya perlu sentiasa memantau dan memastikan kedudukan modal berada pada tahap optimum, selaras dengan perkembangan perniagaan.

”Pembukaan semula Syer Keanggotaan CBP pada Jun 2024 bertujuan untuk membantu meningkatkan kedudukan Nisbah Modal Berwajaran Risiko (RWCR) ke tahap yang sihat untuk menyokong pertumbuhan perniagaan.

“Pada masa yang sama, ia bagi mematuhi nisbah kehematan yang ditetapkan oleh kedua-dua pengawal selia CBP, iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Bank Negara Malaysia (BNM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, CBP merancang untuk menerbitkan sukuk sulungnya tahun ini berasaskan konsep Wakalah Bi Al-Istithmar berjumlah RM5 bilion, dan ia akan dikeluarkan secara berperingkat berdasarkan keperluan perniagaan serta keadaan pasaran.

Sasaran terbitan pertama sukuk berkenaan adalah antara RM500 juta hingga RM1 bilion, bergantung kepada keadaan pasaran, keperluan pelabur dan keperluan likuiditi CBP.

“CBP perlu mempelbagaikan asas pembiayaan dan mengekalkan nisbah pembiayaan yang stabil serta penting untuk strategi pengurusan aset dan liabiliti,” ujar Khairil.

Katanya, CBP juga dalam proses mendapatkan Platform Pembayaran Runcit Masa Nyata (RPP) yang membolehkan pelanggan menggunakan DuitNow Transfer dan DuitNow QR pada aplikasi HELOCBP dan HELOBiz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI