fbpx

‘Bulan puasa orang kejar pahala, kau sibuk kejar janda’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ketika umat Islam berlumba-lumba mengumpul pahala sepanjang Ramadan ini, seorang lelaki menjadi bualan hangat di media sosial selepas isterinya mendedahkan lelaki itu sibuk mengejar janda.

Kisah ini bermula apabila isterinya memuat naik luahan di Facebook dengan mengatakan suaminya sering keluar malam dengan alasan mahu tarawih, sebaliknya bertemu dengan janda yang juga rakan sekerjanya.

“Bulan puasa orang kejar pahala, berdoa di malam penuh keberkatan, kau pula sibuk kejar janda.

“Aku dan anak-anak percaya kau sibuk kumpul pahala, rupa-rupanya curang dalam bulan puasa,” katanya.

Luahan wanita itu menjadi tular sehingga menerima lebih 12,000 tanda suka dan 1,300 komen daripada orang ramai.

“Semoga ada jalan perbincangan sebaiknya. Pesanan kepada orang lelaki, kalau nak curang cuba fikirkan pengorbanan isteri jaga anak-anak, kasih anak-anak, insya-Allah dapat dijauhkan daripada benda-benda tak baik,” pesan Amirul.

“Kejar janda tak salah, tapi biarlah yang bujang sahaja. Bagi la kami peluang beraya ada pasangan. Yang dah berkahwin, cukup la ada seorang, kos hidup makin tinggi,” seloroh Aidil Naeem.

“Kalau isteri ada kurang perbaiki, jangan ambil langkah cari lain. Percayalah kIfarah itu wujud,” kata Ayuni. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI