fbpx

Budak 7 tahun parah kena mercun dilapor stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan dua beradik yang cedera dengan salah seorang daripadanya parah akibat bermain mercun di Kampung Baru, Kuala Nerang malam kelmarin.

ALOR SETAR – Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang cedera parah akibat terkena letupan mercun di Kampung Baru, Kuala Nerang, kelmarin dilaporkan dalam keadaan stabil.

Menurut Mohd Noor Abdullah, 60, cucunya, Muhammad Zharif Daniel Norsyuwari Hariz, 7, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini selesai menjalani pembedahan kali kedua pada petang semalam.

“Abah dia (bapa mangsa) beritahu saya keadaan Zharif sudah stabil, cuma dia belum sedarkan diri lagi. Saya sendiri belum ada peluang untuk tengok sebab hanya ibu bapa dia sahaja yang boleh masuk,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, adik kepada Zharif, Muhammad Aiman Naufal, 4, yang dirawat di wad biasa akibat terkena percikan api mercun semalam juga sudah dibenarkan pulang ke rumah, hari ini.

Tambahnya, ujian yang menimpa keluarga mereka kini terasa amat berat dan perit untuk diterima sehingga menganggu emosi mereka sekeluarga.

“Kami sekeluarga amat terkesan dengan situasi yang berlaku, kami bukan orang senang. Nak sara hidup pun ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang sahaja.

“Kami hanya buat kerja-kerja kampung sahaja, ada kerja baru ada gaji dan bila ditimpa musibah begini, kami tak dapat pergi kerja dan tak ada pendapatan, ini buatkan saya rasa makin susah hati kerana banyak benda kena fikir,” jelasnya.

Sehubungan itu, dia ingin merayu sumbangan daripada orang ramai bagi meringankan beban mereka sekeluarga ketika menghadapi musibah ini.

Orang ramai yang bersimpati dengan nasib keluarga ini boleh membantu dengan menyalurkan sumbangan melalui nombor akaun Agro Bank, Mohd.Noor Abdullah 1000061000000579 atau atau berhubung denganya di talian 0111988 3707. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI