fbpx

[VIDEO] Bella tampil serba putih sokong Syed Saddiq di Istana Kehakiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bella memakai pakaian serba putih ketika tiba di Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAPA

PUTRAJAYA – Pelakon Bella Astillah tiba di Istana Kehakiman di sini pada pukul 10.28 pagi dengan memakai pakaian serba putih untuk memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada prosiding hari kedua hari ini.

Bella yang ditemani pegawai peribadi wanita sempat melambai tangan ke arah petugas media sebelum memasuki lobi Istana Kehakiman.

Terdahulu, Syed Saddiq tiba di Istana Kehakiman pada pukul 10.20 pagi bagi menghadiri prosiding rayuan hari ini yang dijangka bermula pada pukul 10.30 pagi.

Syed Saddiq yang lengkap memakai sut berwarna hitam turut ditemani dua pegawainya.

Semalam, Mahkamah Rayuan memaklumkan tiada keputusan dibuat berhubung rayuan Syed Saddiq bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, serta denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin menyatakan demikian ketika prosiding bermula pukul 12.15 tengah hari semalam.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan bahawa hujahan bagi kedua-dua pihak akan dijalankan selama dua hari pada semalam dan hari ini.

Pada 9 November 2023, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati bekas Menteri Belia dan Sukan tersebut bersalah atas empat pertuduhan melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada. – KOSMO! ONLINE

@kosmoonlinePelakon Bella Astillah tiba di Istana Kehakiman di Mahkamah Putrajaya, pukul 10.28 pagi tadi dengan memakai pakaian serba putih bagi memberi sokongan pada prosiding hari kedua melibatkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.♬ original sound – kosmoonline

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI