fbpx

Baru berusia 3 tahun, anak Neelofa lancar baca al-Fatihah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelancaran anak sulung Neelofa, Muhammad Bilal yang baru berusia tiga tahun membaca surah al-Fatihah meraih pujian netizen.

PETALING JAYA – Sejuk perut ibu mengandung, kelancaran anak sulung usahawan selebriti Neelofa, Muhammad Bilal yang baru berusia tiga tahun membaca surah al-Fatihah meraih pujian netizen.

Video yang menunjukkan pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, 36, berkongsi mengenai al-Quran hadiah pempengaruh, Betty Rahmad itu tular apabila kedengaran suara putera sulungnya mengaji di sebelah.

Ketika Neelofa menjelaskan tentang al-Quran bersaiz besar tersebut, Muhammad Bilal pula bersungguh-sungguh membaca surah lazim itu.

Biarpun tidak kelihatan wajah kanak-kanak terbabit, bacaan sambil jari jemarinya ligat berlegar di muka surat surah lazim itu membuatkan ramai teruja.

Rata-rata pengikutnya memuji didikan Neelofa serta suaminya PU Haris atau Haris Ismail yang menitik beratkan pendidikan agama kepada Muhammad Bilal sehingga dirinya mencintai al-Quran.

Malah ada dalam kalangan netizen menyatakan sebutan putera pertama daripada dua bersaudara itu seperti kanak-kanak yang sudah bersekolah.

“Sebutan (makhraj) Bilal macam umurnya sudah sembilan, 10 tahun. Bagus mak ayah didik dari kecil,” tulis pengikut laman TikToknya.

“Saya tak fokus apa Lofa (Neelofa) cakap, saya dengar apa Bilal sebut sampai letak telefon di telinga,” kata pemilik akaun lain.

“Masha-Allah, Bilal pandainya baca al-Fatihah. Tak pelat pun,” kongsi seorang peminat.

Selain Muhammad Bilal, perkahwinan pasangan popular yang mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 itu turut dikurniakan seorang lagi putera iaitu Abdullah Abbas, 2.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI