fbpx

Baru 5 minit atas kuali, 200 kilogram daging buat rendang licin dikebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Willie terkejut melihat daging di dalam kuali panas diambil oleh penduduk dalam masa hanya lima minit. - Instagram

JAKARTA – Seorang pesohor media sosial di Indonesia terkejut apabila rendang yang dimasak untuk diberikan kepada orang ramai dikebas sehingga licin ketika daging masih mentah, lapor laman berita Suara hari ini.

Willie Salim dalam satu kandungan video yang dihasilkan berhasrat memasak 200 kilogram daging untuk diedarkan kepada penduduk sebuah kampung di Palembang, wilayah Sumatera Selatan.

Selepas memasukkan daging ke dalam kuali besar, Willie yang merupakan penganut Kristian pergi ke arah keretanya seketika untuk meminum air.

Bagaimanapun, sekembalinya dia ke kuali tersebut, Willie terkejut apabila mendapati rendang tersebut sudah habis diambil oleh penduduk meskipun baru lima minit ia dimasak.

“Selepas minum, saya kembali ke tempat masak dan terkejut melihat semua daging sudah hilang. Padahal ia belum masak sepenuhnya lagi,” katanya.

Beberapa anggota polis yang mengawal acara itu mengakui mereka tidak dapat mengawal situasi huru-hara ketika orang ramai berebut-rebut mengambil daging dari kuali panas.

“Seramai 20 anggota polis dan pengawal keselamatan tidak dapat mengawal keadaan itu kerana terlalu ramai,” tambah Willie.

Ujarnya lagi, orang ramai mengambil daging dari kuali tanpa menghiraukan keadaannya yang panas.

Menurut salah seorang anggota polis, mereka mengingatkan orang ramai terutamanya kanak-kanak dan warga emas tentang bahaya situasi tersebut.

“Saya mengingatkan mereka agar berhati-hati kerana bimbang kuah rendang yang panas mungkin tumpah ke atas mereka.

“Namun, ia tidak mampu menghentikan perbuatan mereka. Dalam masa kurang seminit, ratusan kilogram daging habis diambil,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI